Home »
» PENGENALAN SYARIKAT SHUANG HOR
Pada tahun 1987, sekumpulan rakan kongsi yang bermatlamat sama telah menubu
hkan “Double Crane”. Mereka menerokai dan menghasilkan produk-produk Lingzhi yang berkualiti untuk menjaga kesihatan manusia. Mereka juga berharap rakan-rakan yang ingin berniaga sendiri dapat menyertai Shuang Hor bersama untuk mencipta keajaiban.
Pada tahun 1996,”Double Crane Group” (Kumpulan Shuang Hor) menjadi nama sah kumpulan itu. Matlamat penubuhan Kumpulan Shuang Hor ialah untuk membawa kesihatan fizikal dan kepuasan jiwa kepada manusia.
Double Crane Enterprise Co. Ltd. ditubuhkan pada Julai 1987, kini telah menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang paling berjaya di Taiwan, juga sebuah syarikat yang berpotensi untuk berkembang.
Matlamat penubuhan Double Crane Enterprise Co. Ltd. untuk memberi peluang perniagaan yang berpotensi kepada rakan-rakan yang ingin berniaga sendiri.
Berbagai jenis produk Shuang Hor yang berkualiti telah disyorkan secara pengurusan moden kepada pengguna-pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat, untuk memberi kesihatan dan kekayaan kepada mereka.
Double Crane Enterprise Co. Ltd. berpegang teguh kepada dua prinsip pengurusan yang penting iaitu:
1) Semua sistem syarikat direka khas berasaskan kepentingan dan hak semua pengedar.
2) Memberi segala yang terbaik kepada para pengedar, termasuk produk, servis dan sistem.
Double Crane Enterprise Co. Ltd. memiliki tiga buah pusat pembekalan produk masing-masing di Taipei, Taichung dan Kaohsiung.
Shuang Hor (Thailand) Co. Ltd. ditubuhkan pada Ogos 1999. Ia terletak di kawasan komersial paling sibuk di Bangkok. Dalam masa beberapa tahun yang singkat, Shuang Hor Thailand telah mencapai prestasi yang sungguh memuaskan. Siri produk yang bermutu tinggi bukan sahaja menjadi popular di kalangan pengguna tempatan, malah menarik lebih ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat yang ingin berniaga sendiri untuk menyertai Perniagaan Shuang Hor.
Shuang Hor (Singapore) Pte. Ltd. ditubuhkan pada 3hb Oktober 2002. Ia terletak di kawasan perindustrian ringan utama di Singapura. Sistem pengangkutan yang mudah menjadikannya sebuah kawasan perniagaan yang sangat sesuai.
Sejak pemindaan undang-undang jualan piramid dan pemasaran pelbagai lapisan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura pada tahun 2001, bidang jualan langsung telah berkembang pesat di Singapura.
Shuang Hor (Hong Kong) Co., Ltd. Hong Kong terkenal sebagai sebuah pusat kewangan di Asia, juga sebuah pintu masuk ke pasaran Negeri China untuk perusahaan-perusahaan multinational. Kumpulan Shuang Hor membentuk cawangan baru di Hong Kong pada tahun 2004 untuk menuju ke arah globalisasi serta memberi peluang perniagaan yang tiada tolok bandingnya dalam Empayar Lingzhi. di seluruh dunia.
Shuang Hor Indonesia. Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang terpanjang di dunia dengan populasi lebih dari 270 juta orang (2020). Ia adalah negara yang keempat terbesar di dunia selepas Negara China, India dan Amerika.
Indonesia ialah satu pasaran baru yang dikembangkan oleh Kumpulan Shuang Hor dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan.
PT. Shuang Hor Indonesia terletak di Jakarta, iaitu ibu negeri Indonesia. Populasi di Jakarta ialah seramai 13 juta orang. Kawasan itu mempunyai sistem pengangkutan yang mudah. Bidang industri berkembang dengan pesat, penduduk mempunyai kuasa beli yang tinggi dan merupakan sebuah pusat perdagangan yang sangat strategik.
Siri produk Shuang Hor yang berkualiti pasti dapat membawa kehidupan yang sihat kepada semua lapisan masyarakat di Indonesia. Sistem bonus dan rancangan pemasaran yang adil serta saksama dapat membekalkan satu peluang perniagaan yang berpotensi kepada masyarakat Indonesia. PT. Shuang Hor Indonesia mempunyai masa depan yang cerah dengan memiliki semua kelebihan itu.
Double Crane (Myanmar) Co., Ltd. Myanmar ialah negara seribu pagoda, ia merupakan salah satu anggota negara Asean. Myanmar mempunyai populasi sekitar 60 juta orang. Bersandarkan produk cemerlang Shuang Hor dan Pelan Pemasarannya yang tiada tandingan, pembukaan pasaran baru ini pasti membuka ruang dan peluang perniagaan gelombang baru kepada para pengedar Shuang Hor yang berkembang dari Malaysia dan Singapore, membolehkan rakyat Myanmar memiliki peluang perniagaan yang baik. Premis Syarikat terletak di tempat yang amat strategik, tidak jauh dari pusat bandar raya Yangon dengan segala kegiatan perniagaan yang pesat dan kemudahan pengangkutan di kawasan ini, sememangnya tempat perniagaan yang paling ideal
0 comments:
Post a Comment