Share |

TEMPAHAN

CARA TEMPAHAN

1. Melalui online: 

a) Pada hari Isnin hingga Ahad: 5:00am -11:00pm setiap hari. 

b) Pada hari urusniaga terakhir bulanan adalah: 5:00am - 4:00pm melalui laman web:
a) wwx.shuanghor.com.my
b) www.shuanghor.com.sg
c) www.doublecrane.com

Semua rekod transaksi pemesanan stok melalui online selepas 4:00pm akan dianjak ke hari pertama bulan berikutnya secara automatik, dan nilai mata PV juga akan dimasukkan ke bulan yang berikutnya. 

2. Cara Pembayaran: 

Dihadkan kepada Kad Kredit Peribadi Pengedar (Visa / Master)

3. Objek Pemesan: 

Pengedar boleh memesan stok melalui online dan boleh juga membantu downline dalam kumpulan (termasuk downline dari negara lain) untuk memesan stok tetapi tidak termasuk kumpulan downline Vice Manager.

Borang pemesanan negara hak pengedaran mesti diasingkan dan setiap borang pemesanan mesti lengkap transaksi kewangannya barulah boleh diteruskan pemesanan stok untuk negara hak pengedaran yang lain pula.

4. Harga Stok: 

Mengikut senarai harga negara hak pengedaran dan mesti dibayar mengikut nilai mata wang negara tersebut. Tukaran mata wang asing hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh bank pengeluar kad kredit pembayar. 

5. Maklumat Penghantaran Stok

a)- Jika pilih Perkhidmatan Kurier. 
1- Malaysia: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 12:30pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 12:30pm akan diuruskan pada hari kerja pertama berikutnya. 

2- Singapura: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 3:00pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 3:00pm akan diuruskan pada hari kerja pertama berikutnya.

3- Indonesia: Tempahan yang telah siap dibayar sebelum 4:00pm akan diuruskan pada hari kerja yang sama. Tempahan yang dibayar selepas 4:00pm akan diuruskan pada hari kerja pertama berikutnya. 

b) Jika plih Pengambilan stok di kaunter: 

Tidak terikat dengan sekatan waktu di atas, malah boleh mengambil stok pada 12:00tgh pada hari urusniaga yang berikutnya. 

6. Bayaran Pengangkutan: 

Sila rujuk carta bayaran pengangkutan. Tetapi Pemesanan Stok Melalui Online yang dibuat pada waktu yang berbeza pada hari yang sama tidak boleh digabungkan untuk pengangkutan percuma.

7. Cara Lain Memesan Stok: 

Semua pengedar Shuang Hor adalah layak menempah stok di Shuang Hor (Singapore) Pte. Ltd. 

a) Penempahan Stok Segera 

Isnin hingga Jumaat dan hari tambahan urus niaga Sabtu yang terakhir dalam sebulan: 10:00am ~ 7:00pm. 

Pengedar boleh menempah dan mengambil stok di kaunter Syarikat Shuang Hor dengan wang tunai, Nets Card atau kad kredit (Master/ Visa) 

b) Penempahan Stok Melalui Pemindahan Telegrafik:
Isnin hingga Jumaat dan hari tambahan urusniaga Sabtu yang terakhir dalam sebulan: 10:00am ~ 4:00pm.

8. Cara Pembayaran Untuk Memesan Stok:

a) Pengedar boleh mendail talian percuma 1-800-846 8107 untuk menempah stok, kemudian masukkan wang ke akaun berikut (bayaran prosedur akan dibiayai oleh pihak syarikat).

b) Ruang penerima sila tuliskan: Shuang Hor (Singapore) Pte Ltd. Pilih OCBC Bank: Nombor akaun 501-575500-001

9. Bayaran Pengangkutan:

a) Sekiranya alamat penghantaran stok berada di Singapura dan jumlah stok yang ditempah kurang daripada S$200.00, pengedar dikehendaki membayar S$10.00 lebih sebagai bayaran pengangkutan *dalam satu bayaran*.

10. Perkara yang perlu diberi perhatian ketika menerima stok:

a) Setelah menerima butiran dan bayaran pesanan stok, Syarikat akan pastikan transaksi telah dimuktamadkan dan menghubungi syarikat kurier untuk menyerahkan stok pada hari itu.

b) Lazimnya, syarikat kurier akan serahkan stok dalam tempoh 1-2 hari kerja di alamat yang ditetapkan bermula dari tarikh penerimaan stok.

C) Semasa menerima stok, sila pastikan perkara-perkara yang berikut:
1- Pembungkusan tiada cacat cela.
2- Stok yang diterima betul dan jumlahnya tepat.
3- Nombor Sales Invoice dan Nama yang tertera di atasnya tepat dan betul.

d) Jika berlaku sebarang keadaan yang sebaliknya, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Shuang Hor di talian1-800-846 8017 dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan stok untuk memohon penggantian stok. Jika aduan diterima selepas tempoh tersebut, Syarikat menganggap pemesan mengakui telah menerima stok dengan baik.

e) Jika anda masih belum menerima stok yang dipesan setelah berjaya membuat transaksi pesanan stok pada hari ketiga, atau anda ingin mengetahui cara membuat pesanan stok dan pembayaran, sila hubungi talian 1-800-846 8107 untuk pertanyaan.










0 comments:

Post a Comment

SHUHOR